Hari ni, ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Foke mendedahkan perbelanjaan bil bil utiliti iaitu bil air dan bil elektrik di Kompleks Seri Perdana melebihi RM 2.5 juta setahun. Untuk pengetahuan pada sesiapa yang tak tahu, Kompleks Seri Perdana ialah tempat kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anthony menegaskan, sebanyak RM 2,237788.13 adalah pembayaran bil elektrik dan RM 311,174.25 adalah untuk bil air. Banyak kan? Hehehe. Pada pendapat den lah hah yang tak berapa cerdik ni, acano nak dongar cakap PM suruh kawal perbelanjaan harian, padahal dio sendiri pun mombazir yo.
Untuk pengetahuan semua, Komples Seri Perdana mempunyai keluasan 2 kali ganda lebih besar dari White House iaitu kira kira 42.5 ekar berbanding 18 ekar sahaja untuk White House.
Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Foke |
Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri membidas kenyataan dari Anthony dengan menyatakan bahawa Kompleks Seri Perdana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pejabat PM, bilik mensyuarat dan lain lain untuk memudahkan urusan PM jadi tidak hairan mengapa perbelanjaan untuk utiliti di situ tinggi.
*Konklusinya, pikir pikirlah sendiri. Kihkihkih
Sumber : http://my.news.yahoo.com/bil-letrik-air-di-kediaman-rasmi-najib-lebih-032811590.html
No comments:
Post a Comment