Mungkin boleh dikategorikan antara rumah hantu yang paling extreme sekali di dunia, McKamey Maner membuatkan peminat tegar filem hantu seperti Psycho dan Texas Chainsaw Massacre begitu ingin merasakan pengalaman seperti berada dalam filem tersebut. Pengunjung yang mahu memasuki rumah hantu ini, terlebih dahulu akan di nilai oleh para petugas McKamey Manor kerana ia sememangnya sangat extreme. Sesiapa yang lemah semangat, lupakan saja.
Rumah hantu ini hanya boleh memuatkan 2 kumpulan sahaja yang boleh memasuki dalam satu satu masa, setiap pengunjung yang berani, akan dipaksa duduk bersama ular dan memakan telur busuk! Walaupun rumah hantu ini amat memualkan, sambutan amat menggalakkan kerana hampir 24,000 orang menunggu giliran untuk memasukinya. Dan satu fakta yang terdapat pada rumah hantu ini, tiada sesiapa lagi yang berjaya mengahabiskan perjalanan mereka sehingga keluar.
Sumber : McKameyManer & Yahoo
No comments:
Post a Comment