Hidung mancung, ada lesung pipit, mata warna coklat dll. Itu antara sedikit sebanyak mungkin antara kita menginginkan bentuk-bentuk muka tersebut. Siapa taknak kelihatan cantik dan kacak? Scott Chasserot, seorang jurugambar dan ahli neuroscience, mencuba sesuatu yang baru menerusi projek beliau iaitu Original/Ideal dimana ia adalah projek mengolahkan muka idaman seseorang. Menggunakan alat yang diberi nama 'Brain Scanner', Scott dapat mengenal pasti jenis muka yang bagaimana seseorang yang ditemuramah itu inginkan. Scott menggabungkan 3 proses untuk mendapatkan keputusan penuh iaitu proses gelombang pengimbas otak, pengolahan gambar dan psikologi manusia. Lihat hasilnya.
Sumber : thecreatorsproject.vice.com
No comments:
Post a Comment