Wednesday, 1 October 2014

Honda Memperkenalkan Model Terbaru Honda CR-V

Honda UK telah mendedahkan model terbaru CR-V mereka sempena pertunjukkan Paris Motor Show yang akan berlangsung tidak lama lagi. Berdasarkan apa yang dikeluarkan oleh pihak Honda, mereka telah menambah baik untuk model baru CR-V ini bermula dengan pemasangan lampu yang lebih sporty, head lamp, fog lights, front grille, skid plate dan bumper. Untuk model baru CR-V ini, ia sememangnya direka khusus untuk keluaran pasaran Eropah. 


Model ini, CR-V (4WD variant) dikuasakan dengan 1.6litre i-DTEC (Earth Dream Technology) four-pot diesel engine, dimana ia akan menggantikan 2.2 litre i-DTEC diesel yang digunakan model CR-V sekarang. Honda juga telah mendedahkan bahawa enjin model keluaran baru mereka ini dilengkapi dengan nine-speed automatic transmission yang membantu mengurangkan 20 peratus CO2 daripada yang sebelum ini. Jika mahu mendapatkan info lebih lanjut dari pihak Honda, boleh klik di sini





























Sumber : mynewsyahoo.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...