Seorang wanita yang dikenali sebagai Aili Si, menjadi mangsa prejudis apabila diberi panggilan 'Pink Fat Lady' ketika beliau membeli 2 set pizza di restoran Pizza Hut di Bukit Merah di Singapura. Beliau merasa diri seolah-olah dihina akhirnya memuat naik gambar tersebut di media sosial dan hangat diperkatakan sehingga mendapat lebih 300 likes dan 160 shares. Sebanyak 170 komen menghentam pekerja restoran terbabit dengan menzahirkan perasaan kurang menyenangkan dan terkejut dengan respons yang dilakukan oleh pekerja Pizza Hut tersebut. Menyedari itu adalah kesalahan dari pihak mereka, Pizza Hut Singapura akhirnya memohon permohonan kepada Aili Si secara terbuka menerusi facebook mereka.
Sumber : dailymail.co.uk
No comments:
Post a Comment