Mengunyah chewing gum atau dalam bahasa Melayu nya 'gula-gula getah' adalah satu nikmat yang sukar untuk digambarkan apabila perisa chewing gum itu masih lagi kuat bukan seperti mengunyah getah. Tapi ada juga antara manusia tak peka dengan keadaan sekeliling yang menitikberatkan soal kebersihan. Selamba je buang di jalan dan paling tak best, bila terkena seluar atau tapak kasut anda. Siapa yang perlu dipersalahkan?
Jangan risau, mulai sekarang pengutip gula-gula getah kini sudah bertukar menjadi satu kerjaya profesional. Tidak memerlukan sebarang kelayakan tinggi untuk menjadi salah seorang pengutip gula-gula getah profesional, tetapi hanyalah perlu peka dengan keadaan sekeliling yang dipenuhi dengan gula-gula getah, secara automatiknya layak. Dan ada diantara mereka mendapat upah hampir 5 angka!
Melalui syarikat Gumbusters, kerja kerja pembersihan gula-gula getah giat dijalankan bagi memastikan jalan jalan raya khususnya bersih dari sisa kotoran gula-gula getah. Tapi tidak semua tempat menyediakan perkhdimatan ni, buat masa sekarang hanyalah di Washington dan New York. Malaysia mana woi Malaysia?
Air pancutan tekanan tinggi digunakan bagi menanggalkan sisa gula-gula getah. |
Sumber : Majalah Infiniti
No comments:
Post a Comment