Thursday, 20 August 2015

Bagaimana Proses Menyediakan Makanan Untuk Penumpang di Kapal Terbang

Video di bawah menunjukkan bagaimana syarikat penerbangan terkemuka dunia, Emirates Airlines menyediakan makanan untuk para penumpang mereka di atas kapal terbang. Emirates menyediakan hampir 150,000 makanan setiap hari di kilang pemprosesan makanan mereka di Dubai. Jika di Malaysia Airlines System (MAS), mereka menggunakan khidmat Brahim's Food sebagai katering utama mereka dan jenama Brahim's itu sendiri cukup terkenal di Malaysia. Jadi mari kita lihat bagaimana makanan anda disiapkan bila anda menaiki Emirates Airlines. 





Friday, 14 August 2015

Wanita Ini Tidak Sedar Bahawa Salah Seorang Pengemis Itu Adalah Ayahnya Sendiri

Wanita ini adalah seorang photographer dan kerja beliau adalah membuat dokumentari dan mengambil gambar tentang golongan homeless ataupun gelandangan. Selepas 10 tahun, beliau akhirnya menyedari bahawa salah seorang dari mereka ini yang beliau sendiri pernah menangkap gambar adalah ayahnya sendiri! 


Hidup Berasingan


Diana Kim, telah membesar di Pulau Maui bersama ayahnya yang ketika itu ayahnya adalah seorang photographer. Kim banyak belajar mengenai teknik-teknik fotografi melalui ayahnya. Selepas keluarganya berpisah, Kim tinggal bersama kawan-kawan dan saudara terdekat. Pada tahun 2003, Kim membuat satu projek mengenai golongan gelandangan dan pada tahun 2012, Kim menyedari bahawa beliau berjumpa dengan ayahnya sendiri ketika membuat dokumentari tersebut di Honolulu.


Dia terkejut melihat keadaan ayahnya kerana keadaan fizikal yang begitu teruk dan tidak terurus. Kim akhirnya membantu dan menjaga ayahnya sehinggalah sekarang. Ayahnya juga sekarang dalam keadaan yang baik, mencari kerja part-time dan bercadang untuk pulang ke Korea Selatan untuk menjenguk saudara dan keluarga yang terdekat.   


Kim bermula dengan projek gelandangan pada tahun 2003



Wanita Ini Mengambil Gambar Pintu Garaj Lama Yang Paling Meriah di Lithuania

Agne Gintalaite, seorang pemngambil gambar mengambil inisiatif baru untuk mengambil gambar pintu garaj-garaj lama di sekitar Lithuania. Lithunia adalah sebuah negara yang terletak di benua Eropah dan adalah ahli gabungan European Union (EU). Negara Lithunia terletak di sebelah Latvia, Belarus dan Russia. Wanita ini terkejut kerana ketika beliau bersiar-siar, beliau lihat banyak pintu pintu lama garaj di sekitar kawasan tersebut dan mengambil peluang untuk membuat dokumentari. 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...