Friday, 14 August 2015

Wanita Ini Tidak Sedar Bahawa Salah Seorang Pengemis Itu Adalah Ayahnya Sendiri

Wanita ini adalah seorang photographer dan kerja beliau adalah membuat dokumentari dan mengambil gambar tentang golongan homeless ataupun gelandangan. Selepas 10 tahun, beliau akhirnya menyedari bahawa salah seorang dari mereka ini yang beliau sendiri pernah menangkap gambar adalah ayahnya sendiri! 


Hidup Berasingan


Diana Kim, telah membesar di Pulau Maui bersama ayahnya yang ketika itu ayahnya adalah seorang photographer. Kim banyak belajar mengenai teknik-teknik fotografi melalui ayahnya. Selepas keluarganya berpisah, Kim tinggal bersama kawan-kawan dan saudara terdekat. Pada tahun 2003, Kim membuat satu projek mengenai golongan gelandangan dan pada tahun 2012, Kim menyedari bahawa beliau berjumpa dengan ayahnya sendiri ketika membuat dokumentari tersebut di Honolulu.


Dia terkejut melihat keadaan ayahnya kerana keadaan fizikal yang begitu teruk dan tidak terurus. Kim akhirnya membantu dan menjaga ayahnya sehinggalah sekarang. Ayahnya juga sekarang dalam keadaan yang baik, mencari kerja part-time dan bercadang untuk pulang ke Korea Selatan untuk menjenguk saudara dan keluarga yang terdekat.   


Kim bermula dengan projek gelandangan pada tahun 2003





Beliau banyak mempelajari selok-belok dunia fotografi melalui ayahnya



Kim terkejut kerana mengetahui ayahnya sendiri salah seorang gelandangan melalui projek yang beliau buat



Beliau terkejut melihat keadaan ayahnya yang begitu teruk dan tidak terurus





Ayahnya bersetuju untuk menerima rawatan selepas mereka bertemu



'Saya memberi kamera lama saya kepadanya dengan harapan ia akan menjadi semangat kepada ayah untuk kembali kepada minat asalnya dan boleh buat apa yang berfaedah'





'Ayah gembira sekarang dan banyak meluangkan masa bersama rakan dan mencari kerja. Saya gembira'.



'Hidup itu sendiri adalah anugerah. Saya sangat gembira melihat ayah dalam keadaan sihat. Saya bersyukur apa yang kami dapat sekarang'. 





Sumber : boredpanda.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...