Monday, 22 September 2014

Watak Kartun Dilukis Di Bibir

Ini adalah gambar gambar koleksi dari makeup artist, Laura Jenkinson yang melukis gambar kartun krtun terkenal di bibir. Yang penting, ia semua kena pada tempatnya. Style. 







Thursday, 18 September 2014

Projek Khas Kelahiran Semula Manusia

Taylor James Creative Studios adalah satu tempat dimana banyak projek seni yang pelik dan sangat cool dihasilkan di sini termasuklah projek ini. Orang kuat di belakang Taylor James Creative Studios ini ialah Glen Taylor. Projek ini dihasilkan dengan tema 'kelahiran semula' dimana ia memaparkan satu jasad lain yang ingin keluar dari badan manusia itu sendiri seperti ular yang mahu menyalin kulit dan anak ayam ketika menetas dari telur. Walaupun projek ini memakan masa dan shoot yang banyak, ia sesuatu yang menarik. 





 








Wednesday, 17 September 2014

Review Emirates Stadium, London

Emirates Stadium, stadium kebanggaan pasukan Arsenal yang menggantikan Stadium Highbury yang kecil dan tidak releven lagi untuk pasukan Arsenal yang semakin hari semakin ramai peminat mereka. Selepas beberapa kali dipinda kerana banyak cadangan yang dikemukakan untuk menggantikan Highbury selain cadangan untuk menggunakan Wembley Stadium sebagai stadium rasmi Arsenal, ia mula dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2006. Perlawanan pertama yang berlangsung di Emirates Stadium adalah perlawanan testimonial untuk lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp yang menampilkan pasukan Arsenal dan Ajax Amsterdam. 


























Jerudong Park : Taman Tema di Brunei

Jerudong Park ialah sebuah taman tema yang terkecil dan termahal di Asia Tenggara. Terletak di Brunei Darussalam, ia dibangunkan oleh kerajaan Brunei sendiri dengan kos pembinaan sekitar USD 1 Billion. Pada tahun pertama pembinaannya, taman tema ini tidak mengenakan sebarang yuran kemasukan dan ia boleh dimainkan secara percuma. Orang ramai perlu beratur dan tunggu giliran saja untuk menikmati permainan yang disediakan. Jerudong Park ini sedikit besar dari fasa pertama Hong Kong Disneyland. Selepas kejatuhan mendadak pengunjung, taman tema ini mengenakan yuran kemasukan sebanyak B$15. Tapi tahukah anda, Michael Jackson dan Whitney Houstan pernah mengadakan persembahan di taman tema ini sempena hari ulangtahun Sultan Brunei dan majlis perkahwinan Permaisuri Rashidah.









 


















Tuesday, 16 September 2014

Jersi Ketiga Napoli F.C. Dihasilkan Menggunakan Denim

Pasukan Napoli dari Serie A Itali telah pun mengumumkan bahawa pasukan mereka akan menggunakan jersi ketiga yang dihasilkan menggunakan kain denim! Iaitu dengan bahasa mudahnya jeans. Kalau diikutkan, Napoli bukanlah pasukan pertama yang menggunakan denim sebagai kain untuk membuat jersi. Pasukan kebangsaan US adalah pasukan pertama yang menggunakan denim sebagai jersi ketika World Cup 1994, dan selepas itu diikuti oleh pasukan Olympique Marseille. Apa-apa pun, ini satu inisiatif yang bagus untuk tatapan mata kita yang dah semakin biasa dengan jersi kain biasa. Hehehe




























Pertahanan US, Cle Kooiman








Thursday, 11 September 2014

Penemuan Paus Albino di Tengah Lautan

Paus Albino ini dikenali sebagai nama 'Migaloo'. Ia dipercayai adalah spesis yang amat amat jarang ditemui dan gambar ini di tangkap di sekitar laut Queensland, Australia. Sainstis masih tidak lagi menemui jawapan kenapa paus ini berkulit putih. Cantik!
















Gambar Ketika Festival Thaipusam

Semua agama di dunia ni ada cara masing masing untuk menzahirkan rasa cinta dan taat mereka kepada Tuhan. Rasanya ramai dah tahu festival Thaipusam disambut meriah dalam kalangan masyarakat beragama Hindu di Malaysia. Festival Thaipusam ini bukan sahaja disambut di negara India, tetapi ia juga meriah di sekitar Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Singapura. 

Bagi masyarakat Malaysia, kita akan biasa melihat festival ini diadakan di Batu Caves dan antara tujuan mereka menyambut festival ini adalah untuk meraikan Tuhan perang mereka iaitu, Lord Murugan. Mereka akan menindik kebiasaanya pada pipi dan juga anggota badan yang lain dan ada juga diantara mereka akan mengadakan tarian Kavadi mengikut muzik yang dimainkan. Inilah yang dikatakan masyarakat majmuk di Malaysia.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...