Emirates Stadium, stadium kebanggaan pasukan Arsenal yang menggantikan Stadium Highbury yang kecil dan tidak releven lagi untuk pasukan Arsenal yang semakin hari semakin ramai peminat mereka. Selepas beberapa kali dipinda kerana banyak cadangan yang dikemukakan untuk menggantikan Highbury selain cadangan untuk menggunakan Wembley Stadium sebagai stadium rasmi Arsenal, ia mula dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2006. Perlawanan pertama yang berlangsung di Emirates Stadium adalah perlawanan testimonial untuk lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp yang menampilkan pasukan Arsenal dan Ajax Amsterdam.
Pada Ogos 2009, pihak atasan Arsenal telah memulakan satu program yang dipanggil 'Arsenalisation' di Emirates Stadium setelah mendengar segala feedback dari peminat dan penyokong setia Arsenal melalui forum yang disediakan. Program ini dijalankan bagi tujuan memberikan satu identiti kepada Arsenal khususnya di Emirates Stadium bagi memberikan satu corak dan pandangan peminat luar yang datang di Emirates Stadium untuk mengenali identiti Arsenal. Langkah pertama yang pihak Arsenal lakukan adalah menggunakan tempat duduk berwarna putih bertempat di bahagian bawah penonton menghadap ke arah terowong pemain masuk/keluar. Tempat duduk putih itu digunakan bagi membentuk satu corak yang menggambarkan bentuk 'meriam', iaitu logo dan identiti pasukan Arsenal. Di samping itu, di hadapan luar stadium, terdapat 8 buah 'mural' lagenda-lagenda Arsenal berpelukan belakang mengelilingi perkarangan luar stadium. Antara 32 lagenda yang diberi penghormatan tersebut ialah Dennis Bergkamp, Martin Keown, Ian Wright, Pat Rice, David Jack dan Lee Dixon.
Ada satu keunikkan pada pasukan Arsenal yang tiada pada pasukan lain iaitu mereka membawa jam dinding besar yang ada di stadium Highbury dan memindahkan di Emirates Stadium. Jam itu juga adalah salah satu tradisi mereka. Jam asal ini diletakkan di luar Emirates Stadium dan pada 21 Ogos 2010, Arsenal mengalu-alukan kedatangan satu lagi jam yang lebih besar dan diletakkan menghadap ke padang.
Sumber : Wikipedia
No comments:
Post a Comment