Semua agama di dunia ni ada cara masing masing untuk menzahirkan rasa cinta dan taat mereka kepada Tuhan. Rasanya ramai dah tahu festival Thaipusam disambut meriah dalam kalangan masyarakat beragama Hindu di Malaysia. Festival Thaipusam ini bukan sahaja disambut di negara India, tetapi ia juga meriah di sekitar Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Singapura.
Bagi masyarakat Malaysia, kita akan biasa melihat festival ini diadakan di Batu Caves dan antara tujuan mereka menyambut festival ini adalah untuk meraikan Tuhan perang mereka iaitu, Lord Murugan. Mereka akan menindik kebiasaanya pada pipi dan juga anggota badan yang lain dan ada juga diantara mereka akan mengadakan tarian Kavadi mengikut muzik yang dimainkan. Inilah yang dikatakan masyarakat majmuk di Malaysia.
No comments:
Post a Comment